Tun M Akan Usaha Batalkan ECRL | EDISI MG 13 OGOS 2018

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berusaha untuk membatalkan Projek yang disokong oleh pelaburan China iaitu laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan dua saluran paip kerana Malaysia berdepan dengan hutang.

ECRL melibatkan projek landasan keretapi sepanjang 688 kilometer yang menghubung Pantai Timur dan Pelabuhan Klang, manakala projek dua saluran paip gas telah ditandatangani pada tahun 2016.

Meskipun begitu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mahu mengekalkan hubungan baik dengan China dan menyambut baik pelaburan, selagi ia memberi faedah kepada Malaysia dan beliau juga akan mengadakan lawatan ke Beijing tidak lama lagi.