Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka kukuh hari ini, disokong oleh aktiviti belian dalam saham utama dan saham kecil diketuai oleh Tenaga dan dalam masa yang sama menjejaki penutup tinggi di Wall Street semalam.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1.25 mata lebih tinggi iaitu 1,785.03 daripada penutup semalam iaitu 1,783.78.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 164 berbanding 59 dengan 183 tidak berubah, 1,477 tidak didagangkan dan 32 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 109.96 juta unit dengan nilai RM49.68 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast