Projek-projek pembinaan akan memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

KUALA LUMPUR – Produktiviti buruh Malaysia , diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja naik 3.7 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2018 selepas mencatatkan 4.3 peratus pada suku pertama tahun ini.

Pada suku ini, ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus (ST1 2018: 5.4%) manakala jam bekerja naik 0.7 peratus (ST1 2018: 1.0%).

Jabatan Perangkaan berkata, produktiviti buruh yang diukur dari segi nilai ditambah per pekerja tumbuh 2.0 peratus pada suku kedua 2018 (ST1 2018: 3.0%) apabila pekerja naik 2.4 peratus (ST1 2018: 2.3%).

Sektor Pertanian mengukuh kepada 3.4 peratus berbanding pertumbuhan negatif 2.1 peratus pada suku terdahulu.

Nilai ditambah merekodkan penurunan marginal 2.5 peratus (ST1 2018: 2.8%) manakala jam bekerja turun lebih laju pada kadar 5.7 peratus (ST1 2018: 5.0%).

Produktiviti buruh per pekerja tumbuh 1.3 peratus (ST1 2018: -1.4%) apabila jumlah pekerja jatuh 3.7 peratus (ST1 2018: 4.2%).

Produktiviti buruh dalam sektor Perlombongan dan Pengkuarian tumbuh sederhana kepada 6.2 peratus (ST1 2018: 10.2%).

Nilai ditambah merekodkan pertumbuhan negatif 2.2 peratus (ST1 2018: 0.1%) manakala jam bekerja turun 7.9 peratus (ST1 2018: -9.1%).

Apabila diukur sebagai nilai ditambah per pekerja, produktiviti buruh mencatatkan 5.2 peratus (ST1 2018: 8.3%) dengan pekerja jatuh 7.0 peratus (ST1 2018: -7.6%).

Produktiviti buruh sektor pembuatan tumbuh sederhana kepada 1.7 peratus (ST1 2018: 4.9%). Nilai ditambah mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan pada 4.9 peratus (ST1 2018: 5.3%) sementara jam bekerja meningkat 3.1 peratus (ST1 2018: 0.4%).

Produktiviti buruh setiap pekerja juga mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan pada 1.5 peratus (ST1 2018: 3.3%) apabila pekerja tumbuh lebih laju pada 3.4 peratus (ST1 2018: 2.0%).

Produktiviti buruh sektor pembinaan tumbuh 5.0 peratus (ST1 2018: 0.1%) pada suku ini. Pertumbuhan nilai ditambah adalah 4.7 peratus (ST1 2018: 4.9%) sementara jam bekerja turun 0.3 peratus (ST1 2018: 4.9%).

Pertumbuhan produktiviti buruh per pekerja berkembang 4.0 peratus (ST1 2018: 0.7%) apabila pekerja mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan 0.7 peratus (ST1 2018: 4.2%).

Produktiviti buruh sektor Perkhidmatan tumbuh sederhana 4.9 peratus (ST1 2018: 6.5%). Nilai ditambah mencatatkan pertumbuhan 6.5 peratus (ST1 2018: 6.5%) manakala jam bekerja meningkat 1.5 peratus.

Sementara itu, produktiviti buruh per pekerja merekodkan pertumbuhan 2.5 peratus (ST1 2018: 4.6%) apabila jumlah pekerja naik 3.9 peratus (ST1 2018: 1.8%). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast