Adibah Asean Games  foto Acheh. TribunNews.com

PALEMBANG, INDONESIA – Kemeriahan Sukan Asia 2018 yang sedang berlangsung di sini mencetus idea untuk memberi nama anak, Adibah Asean Games yang dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan sukan kedua terbesar di dunia itu.

“Puteri saya lahir pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania.

“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games.

“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast