Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong bercakap kepada media berkenaan punca masalah tertinggi kes denggi di Taman Seri Cheras, Selangor. foto MIRZA HASIM, 23 OGOS 2018
Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong bercakap kepada media berkenaan punca masalah tertinggi kes denggi di Taman Seri Cheras, Selangor. foto MIRZA HASIM, 23 OGOS 2018

BANGI – Calon MCA Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Tan Chee Teong meminta Pakatan Harapan (PH) supaya fokus dalam menangani beban hidup rakyat dan mengenepikan bermain politik.

Katanya, beliau mahu memberi fokus kepada isu mengurangkan beban rakyat khususnya penduduk di Balakong yang terpaksa menanggung kos bayaran hampir enam tol setiap hari yang menyusahkan rakyat.

“Kenapa saya mahu fokus tiru atau tidak tiru (manifesto), fokus saya ialah cari jalan mengurangkan beban, kenapa perlu peduli tiru atau tidak tiru? Semua isu yang diketengahkan ialah keperluan rakyat,” katanya ujar beliau semasa berkempen di Cheras hari ini.

Tambah Chee Tiong,  dia tidak akan mengambil kisah kritikan PH.

“Saya hanya konsentrasi mengurangkan tekanan yang dihadapi rakyat. Perlu ingat kerja seorang wakil rakyat bukan fokus diri sendiri, sebaliknya lebih mempedulikan dan menangani masalah rakyat,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast