TERKINI : “Saya Tak Kisah Dituduh Tiru Manifesto!” – Calon MCA

Calon MCA Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Tan Chee Teong meminta Pakatan Harapan supaya fokus dalam menangani beban hidup masalah rakyat dan mengenepikan bermain politik.

Katanya, beliau mahu memberi fokus kepada isu mengurangkan beban rakyat khususnya penduduk di Balakong yang terpaksa menanggung kos bayaran hampir enam tol setiap hari yang menyusahkan mereka.