Kerajaan akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang idea kepada
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang idea kepada “Akta Cinderella” sekiranya undang-undang yang melarang remaja bawah 17 tahun melayar Internet pada tengah malam itu dilaksanakan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lee Boon Chye berkata, masalah ketagihan Internet merupakan masalah serius di negara lain, tetapi maklumat dan statistik seumpama tidak terdapat di Malaysia pada masa ini.

Katanya, ketagihan Internet juga mendorong sesetengah negara menguat kuasa undang-undang bagi mengatasi masalah yang berlaku.

“Di Korea Selatan, pihak berkuasa akan menghantar kanak-kanak yang ketagihan Internet untuk menerima rawatan di pusat serenti,” katanya kepada Oriental Daily.

Korea Selatan juga melarang pembekal permainan dalam talian menyediakan perkhidmatan kepada remaja bawah 16 tahun dari pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi. Larangan berkuat kuasa pukul 12 tengah malam itu dikenali sebagai “Akta Cinderella” .

Ditanya bagaimana remaja yang melayari Internet dikenal pasti, Boon Chye berkata, pendaftaran boleh diwajibkan sebelum seseorang menyertai permainan dalam talian.

“Walau bagaimanapun, remaja terbabit mungkin menggunakan identiti palsu atau menggunakan identiti ibu bapa untuk mendaftar,” katanya.

Cara alternatif, menurut Boon Chye, ialah mendenda ibu bapa jika anak melanggar “Akta Cinderella” .

“Di sesetengah negara, ibu bapa akan didenda jika anak mereka keluar melepak selepas tengah malam,”katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast