SINGAPURA – Harga minyak dunia susut berikutan kebimbangan berhubung pertikaian perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, selain kelembapan ekonomi dunia meskipun menjangkakan sekatan Amerika Syarikat terhadap sektor minyak Iran menyebabkan bekalan bahan api itu menurun.
Niaga hadapan Brent didagangkan pada harga AS$75.75 setong, susut AS$0.07 berbanding harga penutup.
Manakala West Texas Intermediate jatuh AS$0.09 kepada AS$68.63 setong.
Washington dijangka mengenakan sekatan ke atas eksport minyak Iran mulai November tahun ini. – MalaysiaGazette