MANCHESTER – Tottenham Hotspur meneruskan kecemerlangan pada awal musim Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menumpaskan Manchester United 3-0 di Old Trafford awal pagi tadi.
Pada perlawanan ketiga musim ini, semua gol dijaringkan pada separuh masa kedua.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik pada separuh masa pertama dengan mencipta beberapa peluang.
Spur membuka jaringan pada minit ke-50 menerusi tandukan cantik Harry Kane.
Pasukan pelawat itu tidak menoleh ke belakang selepas itu dan dengan mudah mengukuhkan kedudukan menerusi jaringan Lucas Moura seminit selepas jaringan Kane.
Moura melebarkan jurang gol dengan larian cantik sebelum meledakkan gol pada minit ke-84. – Agensi