WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan supaya bendera di White House diturunkan separuh tiang selepas dikritik berhubung tindak-tanduknya ke atas kematian Senator John McCain.

Trump telah mengucapkan takziah atas kematian Senator Republikan itu tetapi tidak menawarkan untuk menghargai sumbangan McCain, telah mencetuskan kritikan tajam oleh pelbagai pihak.

Trump dan McCain tidak mempunyai hubungan baik.

Malah, bendera Amerika Syarikat masih dikibarkan seperti biasa semalam.

Ekoran kritikan yang diterima, Trump melalui kenyataannya berkata: “Meskipun perbezaan kita dari segi polisi dan politik, saya menghormati Senator John McCain yang telah berkhidmat kepada negara, dan, sebagai menghormatinya, semua benda Amerika Syarikat hendaklah dikibarkan separuh tiang sehingga hari pengebumiannya”.

Trump juga mengesahkan laporan yang beliau tidak menghadiri majlis pengebumian McCain minggu depan.

Keluarga McCain berkata, mendiang telah memaklumkan supaya tidak membenarkan Trump menghadiri acara kematiannya.

Bagaimanapun, kakitangan White House akan menghadiri acara berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast