Mahkamah pemilihan BRazil mengisytharkan Lula tidak layak bertanding Presiden kerana dihukum penjara atas kesalahan rasuah.Foto New Indian Express

BRASILIA – Mahkamah Tinggi Pilihan Raya di Brazil pada Jumaat menyekat bekas Presiden negara itu, Luiz Inacio Lua da Silva daripada bertanding dalam pemilihan Presiden tahun ini.

Mahkamah mengumumkan keputusan itu berikutan bekas Presiden yang pernah dipenjarakan itu menghadapi pertuduhan rasuah dan sedang menjalani hukuman penjara.

Keputusan yang sememangnya dijangkakan itu menangani krisis pemilihan tidak menentu Brazil yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, peguam Lula berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan sebagai mencabar keputusan itu.

“Apa yang kami hendak perjuangkan ialah kesamarataan kepada semua warganegara seperti termaktub dalam undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” kata hakim Og Fernandes di mahkamah sebelum mengisytiharkan Lula tidak layak bertanding.

Lula merupakan ahli politik popular di Brazil sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan rasuah.

Parti Buruh yang diwakilinya mendaftarkan Lula sebagai calon bakal presiden Brazil bersempena pemilihan pada 7 Oktober ini menjelaskan Lula tidak bersalah.

Dibawah undang-undang Brazil, Lula dilarang bertanding kerana peruntukan undang-undang melarang seseorang calon yang mempunyai rekod pendakwaan kes atau jenayah.

Walaupun beberapa kes rasuah dan pendakwaan melibatkan Lula masih tertangguh, Lula mendahului senarai calon dengan sokongan 39 peratus, menurut Datafolha, berbanding calon Jair Bolsonaro hanya menerima sokongan 19 peratus sahaja.

Iklan Parti Buruh menyeru rakyat mengundi untuk Lula muncul dalam media sosial dan akan ditayangkan dalam televisyen pada hari ini memandangkan pertandingannya memasuki fasa akhir berbaki 35 hari lagi.

Kenyataan parti itu berkata mahkamah menunduk kepada kuasa pemerintah menyekat Lula kembali berkuasa.

Malah mahkamah juga didakwa menidakkan cadangan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memperjuangkan hak politik Lula.

Calon Naib Presiden Fernando Haddad yang juga merupakan bekas Datuk Bandar dijangka memberi saingan kepada Lula.

Partinya mempunyai masa sehingga 17 September untuk mengemukakan calon dalam kertas peti undi dan mahkamah membenarkan tempoh 10 hari untuk melakukan perubahan calon dalam pemilihan nanti. – MalaysiaGazette