Pemeriksaan setiap hari dilakukan di tandas-tandas bagi mengesan kamera yang disembunyikan. foto SCMP

SEOUL – Kamera yang disembunyikan di tandas dan bilik-bilik persalinan menjadi masalah serius di Korea Selatan.

Pada tahun lalu sahaja terdapat lebih 6,000 kes membabitkan kamera pengintip porno dilaporkan berlaku.

Video-video itu kemudian di muat naik atas talian tanpa pengetahuan mangsa.

Ekoran itu, kerajaan Korea Selatan mengarahkan pemeriksaan harian dibuat di tandas-tandas awam setiap hari bagi mengatasi kamera yang disembunyikan.

Awal tahun ini, 10,000 wanita melakukan protes bagi menentang perbuatan menyembunyikan kamera.

Aktivis-aktivis wanita berkata, tindakan luar tabii itu menakutkan kaum wanita.

Kira-kira 80 peratus mangsa pengintip kamera lucah adalah dalam kalangan wanita.

Sebelum ini, pemeriksaan bagi mengesan kamera-kamera yang disembunyikan dilakukan sebulan sekali.

Bagaimanapun, pegawai penguatkuasa mengakui sukar untuk mengesan pelaku kerana mereka biasanya memasang kamera dan mengambilnya semula dalam tempoh 15 minit.

Sementara itu, lebih daripada 5,400 orang ditangkap kerana jenayah berkaitan kamera pengintip tahun lepas, kurang daripada 2 peratus daripada mereka yang dipenjarakan.

Yonhap mengatakan 50 kakitangan kerajaan yang ditugaskan secara khusus dengan mencari kamera tersembunyi tidak menemui apa-apa selama dua tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast