Pemain pasukan Johor DT, Muhammad Safawi Rasid (tengah)

KUALA LUMPUR – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan beberapa pemain telah menyambung kontrak mereka antara satu hingga empat tahun.

Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards memberitahu, Safawi Rasid, Haziq Nadzli dan Syamer Kutty telah menandatangani perjanjian baharu selama empat tahun sehingga tahun 2022.

Jelas beliau, Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq pula telah menandatangani sehingga tahun 2021.

“Ahmad Hazwan Bakri, Afiq Fazail dan Gary Steven Robbat menandatangani kontrak sehingga tahun 2020.

“S. Kunanlan melanjutkan kontrak beliau satu musim dengan pilihan untuk memperbaharui satu tahun lagi sehingga 2020 dan Aidil Zafuan Abdul Radzak turut melanjutkan kontrak sehingga 2019,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook Rasmi Johor Southern Tigers di sini hari ini.

Alistair menambah, syarat pembelian antara RM6 juta hingga RM15 juta juga termasuk dalam kontrak.

Katanya, terdapat beberapa pemain tempatan yang turut mempunyai kontrak sehingga penghujung musim 2019 dan JDT masih berunding dengan tiga pemain lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast