FIFA menutupo kes siasatan ke atas Intermilan yang didakwa cuba membeli Modric dengan saluran tidak betul Ogos lalu.

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengambil keputusan untuk tidak bertindak ke atas kelab bola sepak Inter Milan.

Keputusan itu menyusul selepas kelab gergasi La Liga Real Madrid mengadu FIFA bahawa Inter Milan cuba memujuk Loka Modric secara haram untuk berhijrah ke Serie A musim ini.

FIFA telah membuka kertas siasatan berhubung laporan yang diterima dari pasukan gergasi Eropah itu.

Bagaimanapun, FIFA dalam kenyataan hari ini membuat keputusan bahawa tidak ada sebarang tindakan hukuman yang akan menyusul ke atas Inter Milan dalam kes tersebut.

Mengikut aduan awal, Inter dikatakan menghubungi agen bintang Crotia itu pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, FIFA telah menutup kes tersebut selepas meneliti dan menyiasat segala bukti yang dikemukakan Real Madrid sebagai menyokong aduan itu.

Peratusan perpindaan FIFA menyebut bahawa tiada mana-mana kelab yang boleh memujuk pemain tanpa kebenaran kelab yang memiliki pemain itu kecuali pemain itu berada dalam enam bulan akhir penamatan kontrak.

Pada tahun 2016, Modric menandatangani kontrak empat tahun bersama Galacticos.

Jurucakap FIFA memberitahu BBC:”Selepas mengendalikan siasatan awal dalam perkara ini, kita boleh mengesahkan bahawa berdasarkan bukti yang ada, prosiding disiplin tidak akan dibuka terhadap Inter Milan.

“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada kedua-dua kelab itu,” kata jurucakap itu.

Sebagai menjawab laporan mengaitkan Modric kepada Inter Milan pada Ogos lalu, Presiden Madrid Florentino Perez berkata, satu-satunya cara pemain itu meninggalkan kelab itu ialah sekiranya klausa pelepasan 675 juta pound dipersetujui oleh mana mana kelab yang menagih khidmatnya. – MalaysiaGazette