Norris
Lando Norris merupakan pelumba British termuda mengharungi F1 bersama pasukan McLaren musim 2019

ENGLAND – Lando Norris bakal menjadi pelumba termuda Britain dalam dunia perlumbaan Formula Satu (F1) bagi musim 2019.

Norris merupakan pemuda British yang dipromosikan dari pemandu simpanan dan menyertai Carlos Sainz dalam barisan baharu pasukan McLaren bagi musim depan.

Norris sangat realistik mengenai apa yang dia mampu capai bersama McLaren musim hadapan.

“Syarat pertama ialah mengalahkan rakan sepasukan kamu, selain itu ia akan menjadi tahun yang mencabar.

“Kami bukannya mahu menang atau bersaing dengan Ferrari dan Mercedes.

“Saya dapat memikirkan bagaimana untuk mara selangkah ke hadapan dalam perlumbaan F1 ini musim hadapan,” katanya.

McLaren membuat keputusan untuk membenarkan Norris berlumba menggantikan pelumba Belgium Stoffel Vandoorne yang akan diturunkan di penghujung musim ini.

norris uji fq
Lando Norris memandu uji kenderaan F1 McLaren semasa sesi latihan pemanduan bebas di Grand Prix Belgium baru-baru ini

Dia didakwa ‘bergelut’ bersama pasukan itu dan gagal menyesuaikan diri bersama rakannya Fernando Alonso.

Norris juga yakin perbarisan pelumba baharu itu mampu membawa kejayaan kepada McLaren musim hadapan.

Norris melalui aksi luar biasa yang ditunjukkan dalam perlumbaan Formula Dua berjaya mencuri tumpuan McLaren yang segera memperkenalkan pelumba muda itu dalam pasukan utama F1.

Sepanjang rangking junior, Norris telah meraih pelbagai kejuaraan sehingga dilabel sebagai ‘Lewis Hamilton.’

Ketua Pegawai Eksekutif McLaren, Zak Brown berpendapat bahawa Norris merupakan bintang masa depan pasukan itu dalam dunia F1. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast