Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) bersama peguamnya, Datuk Mohd Imran Bin Tamrin (kanan) dan Datuk Sulaiman Ismail bercakap kepada media mengenai penyerahan reprensentasi permohonan pengguguran kes keatas beliau kepada Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara Putrajaya. foto MIRZA HASIM, 6 SEPTEMBER 2018.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) bersama peguamnya, Datuk Mohd Imran Bin Tamrin (kanan) dan Datuk Sulaiman Ismail bercakap kepada media mengenai penyerahan reprensentasi permohonan pengguguran kes keatas beliau kepada Peguam Negara di Jabatan Peguam Negara Putrajaya. foto MIRZA HASIM, 6 SEPTEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Jamal Mohd Yunos mengemukajan surat rayuan permohonan representasi mengkaji dan menarik balik segala pertuduhan yang sedang dan bakal dihadapinya di mahkamah.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu hadir di lobi Jabatan Peguam Negara bersama dua orang peguam Datuk Sulaiman Ismai dan Datuk Imran Tamrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang pada pukul 2.35 petang.

Jamal berkata, dia telah mengemukakan permohonan representasi itu untuk pertimbangan Peguam Negara, Tommy Thomas menerusi pegawai Unit Komunikasi Korporat Peguam Negara, Wasri Ahmad Sujani.

Katanya, beliau dimaklumkan ada beberapa kes yang sedang dihadapi dan ada juga dalam siasatan untuk pendakwaan.

“Ada juga kes yang sudah diberi jaminan oleh mahkamah Tinggi tetapi dirayu pihak Peguam Negara di Mahkamah Rayuan untuk ditarik balik.

“Saya difahamkan sebenarnya dituduh dalam tiga kes di mahkamah dan dua lagi kes akan dituduh dan ada 25 kes lagi sedang dalam siasatan sebelum tindakan pendakwaan menyusul.

“Jadi saya meminta semua kes-kes ini dipertimbangkan dan ditarik balik termasuk kes salah masuk tandas wanita yang tiada logo pun disiasat,” katanya pada sidang media di pekarangan Jabatan Peguam Negara hari ini.

Jamal berkata, beliau yakin terhadap keprihatinan Tommy memandangkan ramai telah dibebaskan seperti Rafizi Ramli, Lim Guan Eng, R. Sivarasa dan Tony Pua.

“Maka dengan keyakinan itu saya juga mengambil kesempatan diatas kemurahan hati peguam negara untuk menarik juga kes-kes yang sedang saya hadapi,” ujarnya.

Sementara itu, Imran berkata, rayuan pengguguran kes bersandarkan kepada tahap sesuatu kes dan kebiasaannya keputusan diketahui dalam masa dua hingga tiga minggu.