Kejadian fenomena air laut pasang besar dua tahun lalu dijangka berulang lagi bermula Isnin ini.
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Lima daerah di Selangor dijangka berdepan dengan fenomena air laut pasang besar bermula 10 hingga 12 September ini.

Menurut sumber dari Unit Pengurusan Bencana Selangor, daerah itu melibatkan Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Berdasarkan jadual pasang surut air laut bagi Pelabuhan Klang pada 10 September sehingga 12 September ini, paras air laut diramal akan berada pada paras yang tertinggi.

“Oleh itu, kerajaan Selangor telah mengarahkan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam,” kata kenyataan itu.

Fenomena air laut pasang besar diramalkan berlaku di persisiran pantai negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.5 meter.

Kata kenyataan itu, sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat.

Justeru itu, kerajaan negeri menasihatkan penduduk di kawasan berisiko mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari semasa ke semasa.

Kawasan yang berisiko mengalami banjir akibat limpahan air laut di daerah Klang ialah Pengkalan Tok Muda, Ban Sementa, Ban Sg. Keramat Batu 5 Kapar, Jalan Pandamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Kampung Perepat (Jeti Nelayan Kampong Perepat), Northport (Pelabuhan Klang), Pulau Ketam dan Telok Gong.

Di Sepang pula melibatkat pesisir Pantai Bagan Lalang, Kampung Tanjung Rhu, Kampung Bagan Lalang dan Kampng Orang Asli Bagan Lalang.

Di Kuala Langat, antara kawasan terlibat ialah Pantai Kelanang, pesisir kawasan Tanjung Sepat, Jalan Harmoni, Kwee Kee Fishery, Istana Pantai Bahagia, Rumah Penginapan Persekutuan, Jalan Kundang 6, Pekan Tanjung Sepat dan Tanjung Sepat.

Di Kuala Selangor melibatkan Pantai Remis Jeram, Kg. Lembah Pantai, Kg. Tok Adam, Kg. Bagan Pasir, Kg. Bagan Sg. Kajang, Kg. Bagan Pasir Penambang, Taman Bayu, Mukim Permatang, Bandar Baru, Pusat E-Pengisytiharan Lembaga Kemajuan, Kg. Sg. Semilang (Medan Selera Pantai Remis dan Pantai Indah Seaview Resort), Bagan Tengkorak dan Jalan Bomba Tanjung Karang.

Sabak Bernam paling banyak kawasan yang dijangka terlibat dengan fenomena itu, antaranya, Ban Tebuk Mendeling, Pantai Bagan Sg. Besar, Pantai Bagan Nakhoda, Pantai Batu 23 Sg. Nibong, Ban Pantai Sg. Lang, Kg. Sg. Air Tawar, Parit Baru, Kg. Sungai Gatal.

Kg. Datuk Rahman Shafiee, Kg. Parit Baroh (Institut Perakaunan Negara), Politeknik Sultan Idris Shah (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam), persisiran Pantai Bedena, SMA Pasir Panjang (Kg. Pasir Panjang), Bagan Sekinchan, Bagan Sungai Besar, Bagan Sungai Burong, Jalan Seri Sentosa 2 dan Kampung Sekendi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast