KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Yusli Mohamed Yusoff dalam Lembaga Pengarahnya.
Turut dilantik Datin Hoi Lai Ping.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV juga memaklumkan pelantikan semula Datuk Yahaya Abdul Jabar sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas. Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Kanan.
Dengan pelantikan itu, Yahaya akan melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan kepada ahli Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan dan Ahli Lembaga Jawatankuasa Audit.
Manakala Yusli mengambil alih jawatan Pengerusi Penamaan dan Imbuhan dan Hoi pula menggantikan kedudukan Yahaya dalam jawatan kuasa audit. – MalaysiaGazette