Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa menafikan telah mengeluarkan arahan perpindahan pendakwah, Zamihan Mat Zin dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dr Mujahid Yusuf Rawa

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata terdapat perkara yang perlu diketengahkan dan diberi perhatian oleh semua pihak berkenaan pelaksanaan hukuman sebat yang dikenakan terhadap pasangan lesbian di Terengganu baru-baru ini.

Oleh itu katanya, hukuman yang dijalankan secara umum itu patut dikaji semula setelah mendapati ia menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat.

“Sewajarnya pertimbangan terhadap hukuman perlu dilakukan secara berhikmah dan penuh rahmah serta bersifat mendidik, apatah lagi pelaksanaan sebatan di khalayak ramai turut menimbulkan polemik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu, Mahkamah Syariah sebagai institusi yang mewakili perundangan Islam perlu bertindak segera agar kerahmatan Islam dapat dipelihara.

“Kami mendapati pelaksanaan hukuman sebat yang telah dilakukan ke atas dua wanita tersebut sememangnya memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada pesalah tetapi kepada keluarga, masyarakat dan juga persepsi terhadap pelaksanaan hukuman syariah di negara ini,” katanya.

Menurut Mujahid, perkara penting yang perlu diketahui dan dihayati oleh seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam ialah sifat inklusif dan falsafah besar serta holistik yang terkandung syariat Islam.

“Sewajarnya pertimbangan terhadap hukuman perlu dilakukan secara berhikmah dan penuh rahmah serta bersifat mendidik, apatah lagi pelaksanaan sebatan di khalayak ramai turut menimbulkan polemik,” katanya lagi. -MalaysiaGazette