Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Wang simpanan dan duit pinjam lebih RM100,000 milik seorang ibu tunggal lesap setelah terpedaya dengan pelaburan tidak wujud sejak Mac lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa seorang kerani swasta berusia 37 tahun menyertai skim tersebut selepas dijanjikan keuntungan lumayan.

Mangsa terjerat dengan skim itu melalui laman sosial Instagram.

“Wanita ini telah membuat pelaburan RM109,540 dengan membuat transaksi sebanyak 26 kali ke-15 akaun bank berlainan kepada suspek.

“Mangsa mula tersedar telah ditipu setelah suspek meminta pelbagai bayaran tambahan untuk pelaburan tersebut sebelum mangsa dapat mengeluarkan keuntungan seperti dijanjikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagi mengelakkan insiden ini terus berulang, Yahaya meminta orang ramai membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast