Editor The Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown
Clare Rewcastle Brown

PETALING JAYA – Editor The Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berpendirian bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dikenakan hukuman penjara. 

Pengamal media itu berkata demikian dalam pelancaran buku The Sarawak Report: The Inside Story Of The 1MDB Expose. 

Pelancarann buku ini dibuat ketika kes mengaitkan Najib Razak dengan pertuduhan  tuduhan penyalahgunaan wang berkaitan skandal 1MDB belum selesai dan perbicaraan belum bermula.

“Pada pandangan saya dia (Najib) patut dipenjarakan,” katanya. 

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Kemudian beliau menghadapi tiga lagi tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiagaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001.

Perdana Memteri Tun Dr Mahathir Mohamad baharu-baharu ini pula menjangkakan Najib akan berdepan lebih banyak pertuduhan selepas ini.

Sebelum ini Peguam Negara Tommy Thomas dalam sidang media pada April lalu, berkata pihak pendakwaan akan mengemukakan lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1MDB sekiranya terdapat lagi kertas siasatan baharu diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-MalaysiaGazette