KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disebabkan kurangan minat belian terhadap nota tempatan itu, kata peniaga.
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.1500/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1435/1465 Jumaat lalu.
Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa kerana cuti umum.
Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0149/0173 daripada 3.0139/0163 Jumaat dan menokok berbanding yen kepada 3.7200/7237 daripada 3.7406/7444.
Ringgit menokok berbanding euro kepada 4.8119/8171 daripada 4.8210/8257 dan susut berbanding pound British kepada 5.4025/4068 daripada 5.3725/3768. – MalaysiaGazette