KUALA LUMPUR – Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat sebanyak 36.3 peratus pada Julai kepada 56,397 tan metrik berbanding dengan 41,364 tan metrik pada Jun.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran meningkat 2.1 peratus.

Harga purata Lateks Pekat yang direkodkan ialah 415.39 sen sekilogram manakala harga purata Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) ialah 527.80 sen sekilogram, masing-masing turun sebanyak 5.6 peratus dan 3.2 peratus berbanding dengan harga purata pada Jun 2018, menurut Jabatan Perangkaan.

Eksport getah asli Malaysia berjumlah 56,490 tan metrik dan menunjukkan peningkatan 7.8 peratus. China kekal sebagai destinasi utama, menyumbang 52.4 peratus daripada jumlah eskport pada Julai, diikuti Germany (11.6%), Iran (7.6%), Finland (4.3%) dan U.S.A (2.5%).

Penggunaan domestik getah asli pada Julai 2018 ialah 44,192 tan metrik berbanding 40,820 tan metrik pada Jun 2018 dengan penambahan sebanyak 8.3 peratus.

Industri sarung tangan getah sebagai pengguna utama menggunakan 33,518 tan metrik atau 75.8 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik getah asli.

Stok getah asli berjumlah 185,491 tan metrik, susut sebanyak 5.4 peratus berbanding 196,084 tan metrik pada akhir Jun. – MalaysiaGazette