Model Beetle Volkswagen

BERLIN – Volkswagen akan menghentikan pengeluarkan Beetle selepas tujuh dekad dalam pasaran.

Pengeluaran Beetle yang pertama adalah pada tahun 1938.

Populariti Beetle meningkat di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an mendorong Volkswagen membina kilang pengeluarannya di Amerika Utara bagi memenuhi permintaan.

Kilang di Puebla, Mexico dijangka mengeluarkan Beetle yang terakhir pada Julai 2019.

“Kehilangan Beetle selepas tiga generasi, lebih hampir tujuh dekad, akan membangkitkan banyak emosi dalam kalangan peminat setia Beetle,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Amerika, Hinrich J. Woebcken dalam satu kenyataan.

Selama bertahun-tahun, Beetle menjadi ikon budaya.

Ia mungkin paling banyak diiktiraf kerana peranannya sebagai kereta lumba yang dinamakan “Herbie” dalam filem Disney “The Love Bug.” pada tahun 1968.

Volkswagen berjaya menjual kira-kira 423,000 buah Beetle di Amerika Syarikat pada tahun itu.

Volkswagen menjual kira-kira 15,000 Beetles di Amerika Syarikat pada tahun 2017, isyarat peminatnya semakin berkurangan.

Penganalisis auto bebas, John Wolkonowicz memberitahu Los Angeles Times, generasi terbaru Beetles lebih sesuai kepada wanita pertengahan umur.

“Mereka membelinya, merasai keseronokan memandunya dan menikmati kelainan. Golongan muda tidak dapat menjiwainya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast