KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Singapura mengucapkan selamat berjaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson tidak lama lagi.
Lee Hsien Loong bertemu Anwar di pejabatnya semalam.
Katanya, Anwar tiba di Singapura untuk berucap pada persidangan di negara itu dan beliau dijadual datang lagi pada minggu depan di Singapora Management University.
Lee berkata, kali terakhir mereka bertemu di Putrajaya pada Mei lalu.
“Gembira apabila beliau (Anwar) meluang masa dengan institusi akademi, warga Singapura, pembangunan jambatan dan mengukuhkan hubungan dengan negara kami,” kata Lee melalui Facebook beliau. – MalaysiaGazette