Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bercakap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Titiwangsa di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 30 JUN 2018
Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Johari Ghani menafikan khabar angin beliau mengikuti jejak sesetengah pemimpin parti itu keluar daripada UMNO.

“Saya masih meneruskan khidmat dalam UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Barisan Nasional Wilayah selagi perkhidmatan saya diperlukan kepimpinan parti,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Johari, UMNO kini memerlukan perubahan dan beliau salah seorang daripada berusaha ke arah itu supaya parti berkenaan relevan dengan kehendak rakyat.

“Dengan kepimpinan dan pemimpin yang betul UMNO akan berjaya memenangi semula kepercayaan dan mandat penduduk di negara ini,” jelasnya.- MalaysiaGazette