Barisan juri, peserta dan penaja bergambar kenangan pada sidang media Gegar Vaganza di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 SEPTEMBER 2018
Barisan juri, peserta dan penaja bergambar kenangan pada sidang media Gegar Vaganza di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. foto IQBAL BASRI, 19 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Selepas menobatkan Aishah sebagai juara musim lalu kini Gegar Vanganza musim ke-5 (GV5) kembali dengan kelainan.

Penyertaan para bintang yang pasti memukau para penonton Astro dan kelainan GV5 kali ini menampilkan duo dan berkumpulan serta penyanyi solo.

Seramai 12 bintang yang akan berentap di pentas Gegar Vanganza ialah Hetty Sarlene, Amelina, Farawahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Safura Yaacob dan Maya Matahari.

Selain itu, kumpulan Share Rio, Zamani Slam, Elite, Forteen dan Billy Zulkarnain.

GV5 kali ini masih mengekalkan dua pengacara sensasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Rancangan yang cukup dinantikan oleh peminat artis-artis tempatan itu akan mula bersiaran pada 30 September ini di saluran Astro Ria dan Ria HD.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast