KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menafikan telah meminta sumbangan untuknya bagi melunaskan bayaran ikat jaminnya hari ini berjumlah RM3.5 juta.
Beliau menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi memaklumkan proses ikat jamin akan diuruskan oleh peguam dan ahli keluarganya pada Jumaat.
“Saya berterima kasih kepada saudara-saudari atas sokongan dan kesudian membantu saya. Namun, ingin saya jelaskan bahawa saya tidak pernah meminta mana-mana pihak meraih sumbangan seperti tular di media sosial.
“Saya kini telah dibenarkan pulang ke kediaman dan wang jamin akan diuruskan mulai esok oleh ahli keluarga dan peguam saya,” katanya mengulas tindakan seorang pengguna Facebook yang meminta orang ramai memberikan sumbangan untuk membayar ikat jamin Najib.
Bekas Perdana Menteri itu hari ini berhadapan dengan 25 pertuduhan tuntutan rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM2.3 bilion.
Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah yang dibacakan dihadapan hakim.
Najib turut dibicarakan dengan 21 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001.
Najib kemudiannya menerusi posting di Facebook meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan dan kekuatan kepadanya.-MalaysiaGazette