Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah masih terasa hati serta merajuk dengan kritikan daripada pembangkang khasnya Pas berikutan kenyataan ‘menghina’ beliau beberapa hari lepas di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – “Tak sangka rupanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ini berhati tisu juga.”

Itu sindiran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki apabila Guan Eng ‘menghalangnya’ memberi komen lagi dalam akaun twitter Setiausaha Agung DAP itu hari ini.

“Dulu waktu jadi pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.

WhatsApp Image 2018-09-20 at 6.59.54 PM

“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di block akaun twitter saya. Come on Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” ujarnya Asyraf Wajdi dalam media sosialnya hari ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast