SEOUL – Harga minyak dunia mengalami sedikit perubahan selepas susut pada sebelumnya
susulan Presiden Donald Trump menggesa OPEC menurunkan harga minyak mentah semasa mesyuarat di Algeria minggu ini.

Penanda aras antarabangsa, Brent bagi penghantaran November naik kepada AS$78.74 setong.

Sementara, West Texas Intermediate bagi penghantaran Oktober susut kepada AS$70.27 setong.

Dalam Twitter beliau, Trump berkata, OPEC tidak akan selamat tanpa Amerika Syarikat dan masih terus menolak harga untuk lebih tinggi.

OPEC dan sekutu-sekutunya dijadual bertemu pada Ahad ini di Algeria untuk membincangkan kenaikan bekalan bagi menampung sumber dari Iran yang bakal dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.

Stephen Innes, Ketua Perdagangan untuk Asia Pasifik di OANDA di Singapura berkata, Trump membuat kenyataan itu hanya beberapa hari sebelum mesyuarat OPEC meletakkan “tumpuan terhadap kemungkinan kesan penawaran sekatan Iran yang diketuai Amenerika Syarikat.

“Pasaran telah sampai pada peringkat beranggapan bahawa Arab Saudi kini selesa dengan Brent pada harga AS$80 atau lebih tinggi, mencabar ramalan awal yang menjangkakan Brent berlegar sekitar AS $70 dan AS$80,” Innes tambahnya.

Brent telah didagangkan di bawah AS$80 setong, disokong oleh masalah kekurangan penawaran daripada sekatan Amerika Syarikat ke atas Iran, yang akan berkuatkuasa pada bulan November. – MalaysiaGazette