TERKINI : “Kassim Ahmad Masuk UMNO Sebab Mahathir” – Rais Yatim

Tan Sri Dr Rais Yatim percaya penulis sebuah buku kontroversi, Kassim Ahmad menyertai UMNO kerana faktor Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan berkata, Perdana Menteri tidak mahu mengaku diri beliau adalah faktor tersebut.

Jelas beliau, ramai yang tidak tahu Mahathir sering berhubung dengan tokoh akademik veteran itu sebelum ini.

Kassim memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 12 tahun sebelum meninggalkan parti itu pada 1984 dan menyertai UMNO selepas itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast