KUALA LUMPUR – Kerajaan Terengganu mengumumkan cuti peristiwa pada 30 September ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bagi meraikan kejayaan kontinjen Terengganu yang dinobatkan juara keseluruhan Sukma 2018 di Perak.

“Kejayaan kontinjen Terengganu merampas kembali gelaran juara Sukma ini melunaskan “Win Back Mission” yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam catatan sejarah ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Ahamd Samsuri turut mengucapkan tahniah kepada Azreen Nabila Alias kerana menerima Anugerah Atlet Wanita Terbaik SUKMA Perak 2018.

“Harapan saya kejayaan ini dapat membawa roh riadah dan menggalakkan aktiviti bersukan kepada rakyat Terengganu dalam menjalani gaya hidup sihat dan sejahtera,” katanya.

Selain mengumumkan cuti peristiwa, kerajaan negeri turut mengadakan Majlis Meraikan Juara Sukma 2018 bersama kontinjen atlet dan pegawai pukul 5 petang ini di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast