Paul Pogba.

LONDON – Pengurus skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps berpendapat, Paul Pogba tidak mampu melakukan seorang diri memberi kemenangan kepada Manchester United.

Ini kerana kata Deschamps, bakat sebenar Pogba hanya boleh digunakan ketika bersama pasukan Perancis pada Piala Dunia lalu hingga mereka mampu menjadi juara.

Jelas beliau, Pogba dapat menunjukkan karektor ketika itu kerana dia bermain dengan pasukan dan mentaliti yang tepat serta barisan pemain handalan.

“Jangan bergantung kepada Pogba sahaja tetapi kelabnya dan cara mereka bermain sebagai satu pasukan.

“Seorang pemain tidak mampu membuatkan sesebuah pasukan itu selalu menang,” tambah Deschamps kepada Mail Online.

Ketika ini, pemain tengah itu dikritik hebat kerana dikatakan menjadi punca kemerosotan prestasi di bawah pengurusan Jose Mourinho.

Kelab itu terus dirundung malang kerana sekali lagi apabila tewas kepada West Ham 1-3 pada Sabtu lalu. – MalaysiaGazette