Elly Suryati
Pelakon Elly Suriati hadir untuk memberi sokongan kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 SEPTEMBER 2018

PUTRAJAYA – Penyokong tegar bekas Perdana Menteri, Elly Suryati menganggap tindakan kerajaan Pakatan Harapan ‘memburu’ Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Rosmah Mansor membayangkan mereka mahu melaksanakan sistem ‘parti tunggal’ dalam negara ini.

Pelakon itu berkata, tindakan itu bukan sahaja menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kuda tunggangan kerajaan dengan menggunakan isu dana politik untuk menyerang parti pembangkang.

“Sepertinya sekarang Datuk Seri Najib dan Rosmah tidak henti-henti diserang,” katanya ketika hadir di himpunan solidariti penahanan Rosmah oleh SPRM.

Menggunakan isu dana politik, Elly mencabar setiap komponen Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan sumber dana politik.

“Setakat ini kerajaan PH tidak memberi apa-apa kenyataan dana politik yang diterima mereka sumua,” tambah Elly. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast