Rais Yatim
Menteri Pertahanan merangkap Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu (dua kanan) berbual dengan calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim (dua kiri) ketika hadir pada Ceramah Pemimpin Bersama Pesara sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Taman Intan Perdana, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 10 OKTOBER 2018

PORT DICKSON – Tan Sri Rais Yatim yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menang dengan ‘hanya bersiul’ jika jumlah pengundi Port Dickson yang keluar mengundi lebih daripada 70 peratus.

Pengerusi Pertubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan itu pada masa yang sama menyangkal persepsi pengundi ‘Anwar boleh menang, kita tidak perlu keluar mengundi’.

“Kalau 70 peratus keluar mengundi bermakna Anwar sudah boleh dianggap menang dengan bersiul, kalau tidak pun masih menang juga.

“Tetapi tentulah beberapa dugaan itu perlu diatasi sebelum 13 Oktober ini, yakni keadaan cuaca dan strategi berkempen terus menerus,” katanya ketika ditemui pada Program Pemimpin Bersama Pesara di Teluk Kemang malam tadi.

Rais berkata, pengundi di Port Dickson kini yakin Anwar bukan calang calang calon.

“Oleh itu Anwar sebagai calon memerlukan setiap segmen masyarakat untuk membantu mendaftarkan sesuatu keadaan berimpak tinggi yang boleh meyakinkan beliau sebagai bakal Perdana Menteri dan berbudi kepada kawasan tumpuan peranginan ini.

“Saya sebagai salah seorang yang pernah menetap di Port Dickson yakin Anwar sudah cukup memiliki tarikan magnetnya untuk menjadi pemimpin berganding dengan Tun Mahathir dan terus membawa aura baharu dan zaman gemilang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast