KUALA LUMPUR – Dua maut dan orang orang dilaporkan cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.5 utara (Subang-Damansara) awal pagi ini.
Tragedi ngeri yang membabitkan treler, kereta dan motosikal itu dipercayai berlaku dalam pukul 4 pagi tadi.
Kemalangan itu menyebabkan laluan trafik dari kedua-dua arah perlahan.
Difahamkan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan sedang giat dijalankan/
Sementara itu, Lembaga Lebuh Raya Malaysia berkata, laluan arah utara/Damansara telah dibuka.
Namun lorong kanan dan tengah (arah selatan/Subang) masih ditutup.
Trafik perlahan bermula dari Setia Alam/Kota Damansara ke lokasi.
Sehubungan itu, pengguna diminta menggunakan laluan alterntif lain. – MalaysiaGazette