Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terlibat dalam kemalangan melibatka jet ski di Langkawi semalam. Foto Instagram Aeril Zafrel.

KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon, Aeril Zafre dan isterinya, Wawa Zainal berdepan pengalaman cemas apabila mereka terbabit dalam kemalangan jet ski di Langkawi semalam.

Kejadian malang itu berlaku apabila jet ski yang dinaiki mereka dilanggar kenderaan  yang dipandu oleh kakak Wawa.

Bagaimanapun, pasangan yang kini sedang bercuti itu itu hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

“Bahaya betul bagi perempuan bawa jet ski ini. Habis dilanggarnya kami. Selamat team megawatersport cepat bertindak selamatkan kami. Tak tahu pahit ke manis kenangan ni,” tulisnya pada kapsyen video berdurasi satu minit itu di Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan kelihatan Aeril sedang merakam sebuah jet ski yang dipandu oleh seorang wanita yang kemudiannya menghala ke arah mereka sebelum ia hilang kawalan.

Wawa Zainal sempat menjerit dan hanya mengalami luka dan lebam di bahagian tangan dan perut. – MalaysiaGazette