Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berhubung dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta, lima tahun lepas.

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11(RMK-11) yang dibentangkan di Dewan Rakyat 18 Oktober lalu dengan bersyarat.

Ahli Parlimen BN Pekan itu berkata, antara sebabnya beliau dan rakan-rakan Barisan Nasional mempunyai prinsip menjadi pembangkang yang membina dan konstruktif.

“Untuk Kajian Separuh Penggal RMK11, sebagai pembangkang tak patut buat kenyataan tapi saya nak buat disini nyatakan prinsip saya boleh terima dokumen ini dengan beberapa syarat atau ‘qualification’.

“Mengapa saya kata boleh terima dokumen ini sebab nak jadi pembangkang yang membina..Kalau sekiranya sesuatu cadangan PH itu baik maka kita akan sokong dan sebaliknya. Kalau kita fikir ianya tak patut, tak sesuai ada kelemahan, boleh memudaratkan negara dan rakyat, kita akan tentang dengan beri cadangan lebih membina dan konstruktif pada rakyat.

“Inilah peranan pembangkang supaya tidak dituduh sebagai pembangkang hentam sembrono tapi ambil dengan sikap penuh tanggungjawab,” katanya semasa sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK11 di Parlimen hari ini.

Tambah bekas Menteri Kewangan itu lagi, dokumen berkenaan di sokong dengan bersyarat kerana bahagian pertama menunjukkan prestasi pada 2016 dan 2017 pada kadar pertumbuhan 5.9 percent at 2017.

“Seperkara lagi ramai tak tahu bahawa dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini, yakni 2011 to 2017 kadar pertumbuhan Malaysia mengatasi empat ekonomi di Asia,” ujarnya.

Kata Najib, prestasi negara lebih tinggi dari Korea, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Beliau menegaskan,kalau sekiranya ada pihak memomokkan Malaysi negara muflis, bankrap, rakyat susah, ia akhirnya dinafikan dengan fakta hakikat sebenarnya.

Katanya, keadaan rakyat tidak seperti semasa kemelesetan pada tahun 1985 atau 1997/98.

Malah, janji membela rakyat dengan menghapus GST, harga barang turun pun tidak menjadi kenyataan sama sekali.

“Perkara kedua sebut, saya boleh terima dokumen dengan bersyarat bila saya tengok enam tonggak Kajian Separuh Penggal RMK11,  semua telah diusahakan kerajaan BN. Tapi cuma tak kesampaian sebab kerjanya dalam progres.

“Takkan sampai masa penamat yang singkat, perlukan masa tapi ini semua initiatif BN dan dokumen itu adalah kesenimbungan BN sebelum ini bukannya baharu dari Pakatan Harapan.

“Saya ingat lagi tahun 2010/11 kerajaan cadangkan sistem dana politik telus tapi ditolak pembangkang walhal ketika itu BN hendak simpan rekodnya secara sistematik

“But today ada cadangan baharu. kita najk tengok sendiri apa yang dimaksudkan sebagai baharu itu dari menteri nanti,” tegas beliau.

Menyentuh mengenai nisbah hutang negara, Najib berkata, laporan juga mengesahkan bahawa nisbah hutang pada KDNK menyusut kepada 50.8 peratus dan dokumen PH tidak menunjukkan hutang negara melebihi RM1 trilion.

“Menyusut, bukan naik..tiada angka 1 trillion ringgit dalam dokumen RMK11, tiada dalam dokumen asmi angka hutang RM1 trillion,” tegasnya lagi sambil meminta kerajaan PH menjawab angka rasmi hutang negara pada 2020.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast