Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir, yang kini berada di negara ini untuk lawatan kerja tiga hari sejak semalam, akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Malaysia di Putrajaya esok.
Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir, yang kini berada di negara ini untuk lawatan kerja tiga hari sejak semalam, akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Malaysia di Putrajaya esok.

PUTRAJAYA – Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir, yang kini berada di negara ini untuk lawatan kerja tiga hari sejak semalam, akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Malaysia di Putrajaya esok.

Kenyataan Wisma Putra hari ini berkata Adel dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabat Perdana Menteri sebelum menamatkan lawatan beliau.

Beliau juga dijadual bertemu Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah di Wisma Putra.

“Pertemuan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk berbincang mengenai pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa yang menyentuh kepentingan bersama,” kata Wisma Putra.

Kali terakhir pertemuan antara kedua-dua menteri ialah semasa mereka menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 di New York pada 24 Sept.

Malaysia dan Arab Saudi menjalin hubungan erat dalam pelbagai bidang utama termasuk politik, ekonomi, pendidikan tinggi dan urusan haji.

Arab Saudi adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di Timur Tengah.

Jumlah dagangan pada 2017 meningkat sebanyak 6.8 peratus kepada RM15 bilion berbanding RM14.04 bilion pada tahun sebelumnya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast