Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengantung tugas tujuh pegawai dan anggotanya berhubung dakwaan seorang pelabur kehila­ngan wang tunai berjumlah RM7.9 juta, pada 8 Sept lepas.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengantung tugas tujuh pegawai dan anggotanya berhubung dakwaan seorang pelabur kehila­ngan wang tunai berjumlah RM7.9 juta, pada 8 Sept lepas.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengantung tugas tujuh pegawai dan anggotanya berhubung dakwaan seorang pelabur kehila­ngan wang tunai berjumlah RM7.9 juta, pada 8 Sept lepas.

Wang itu didakwa hilang selepas unit kondominium pelabur itu di Jalan U-Thant, di sini digeledah sepasukan polis Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pengantungan itu dilakukan setelah siasatan dilakukan.

“Berdasarkan siasatan itu, polis juga telah melengkapkan serta sudah menyerah kertas siasatan berhubung perkara itu kepada pihak pendakwa raya.

“Kita tunggu tindakan selanjutnya berdasarkan arahan mereka (pendakwa raya),” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Seminar Pemantapan Integriti: Bebas Rasuah Warga PDRM di sini, hari ini

Pada 27 Sept lepas, media melaporkan semasa kejadian pengadu lelaki berusia 50 tahun berada di Jakarta, Indonesia. Pelabur itu mendakwa dia yang pulang semula ke kondominium itu mendapati duit RM7.9 juta miliknya serta beberapa rangkai kunci kereta mewah hilang.

Difahamkan, pengadu mendakwa wang tunai berjumlah RM7.9 juta yang hilang melibatkan duit yang diletakkan dalam sebuah kereta jenis BMW berjumlah RM2 juta, duit dalam bilik tidur (RM3.9 juta) dan wang dalam peti besi (RM2 juta).

Antara dikatakan terlibat termasuk seorang pegawai wanita berpangkat Asisten Komisioner (ACP), masing-masing seorang Superintenden dan Inspektor, manakala 11 lagi anggota lain-lain pangkat.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast