Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Gansu, China. foto China Daily

BEIJING – Lebih daripada 12 orang maut selepas dirempuh sebuah lori yang hilang kawalan di stesen tol barat laut China.

Berpuluh-puluh orang lagi cedera apabila lori itu bertembung dengan kereta-kereta yang beratur untuk giliran melepasi tol di Lanzhou, ibu kota wilayah Gansu.

Bagaimanapun, menurut berita Xinhua, pemandu lori itu memaklumkan bahawa breknya tidak berfungsi ketika ia menuruni bukit menuju ke stesen tol berkenaan.

Xinhua menganggarkan jumlah kematian seramai 15 orang dengan 44 orang cedera.

Siasatan terperinci kemalangan itu sedang disiasat.

Nahas itu berlaku selepas 13 orang terbunuh apabila sebuah bas terbabas daripada jambatan dan terjunam ke dalam sungai di Chongqing dekat barat-daya China. – MalaysiaGazette