NEW DELHI – Seorang bayi lelaki yang berusia 12 hari meninggal dunia selepas digigit seekor monyet.

Ketika kejadian, bayi itu sedang disusukan oleh ibunya di dalam sebuah rumah di Agra.

Monyet yang memasuki rumah tersebut, kemudian merampas bayi berkenan daripada ibunya dan membawa lari ke atas bumbung kediaman.

Haiwan itu melepaskan bayi yang digigit di kepala apabila penduduk tempatan bertindak membaling batu ke arahnya.

Bayi itu mati di hospital akibat cedera parah.

Penduduk tempatan mendakwa serangan monyet di kawasan itu semakin serius.

“Terlalu banyak monyet di kawasan ini menyebabkan kami tinggal dalam ketakutan. Perkara ini telah diadukan kepada pihak berkuasa tetapi tiada tindakan diambil,” kata seorang penduduk.

Pakcik kepada mangsa, Dhirendra Kumar berkata, ibu bayi berkenaan masih terkejut dengan kejadian itu. – MalaysiaGazette