Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai. foto HAZROL ZAINAL, 23 JUN 2017.

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Dominic Lau dipilih sebagai presiden baharu Gerakan susulan pemilihan parti yang berlangsung semalam.

Beliau yang sebelum ini merupakan naib presiden Gerakan menewaskan pencabarnya Andy Yong dengan majoriti hampir 300 undi.

Gerakan
Andy Yong Kim Seng. foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2018

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Gerakan Tan Sri Dr Chin Fook Weng di sini.- BERNAMA