Datuk Sivarraajh Chandran
Datuk Sivarraajh Chandran

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa supaya menghentikan ‘mentaliti’ pembangkang dengan tindakan-tindakan ‘tidak masuk akal’ serta mengeluarkan kenyataan murahan sebaliknya mula mengemudi negara sebagai kerajaan.

Walaupun ketika menjadi pembangkang, rata-rata kepimpinan ini begitu hebat melaungkan kata-kata retorik untuk meniup api kemarahan rakyat, namun era itu seharusnya sudah berlalu kerana kini kuasa dalam tangan mereka.

Kenyataan berterusan tentang kasut, selipar dan stoking sepatutnya dihentikan kerana ianya bukan lagi menimbulkan kemarahkan atau kebencian rakyat kepada kerajaan terdahulu sebaliknya ini lebih mencerminkan ketidakupayaan pimpinan PH sendiri.

Naib Presiden MIC, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, beliau terkejut dengan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang seolah-olah tidak berfikir panjang sebelum membuat kenyataan yang memburukan imej Yang Dipertuan Dewan, Tan Sri SA Vigneswaran dengan sengaja.

Kata Sivarraajh yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands, tindakan Anthony menggunakan isu ‘selipar’ sebenarnya tidak lebih daripada mencari publisiti murahan, sama ketika menjadi pembangkang.

“Walaupun anda mempunyai peluang untuk menghubungi terlebih dahulu Yang DiPertua, anda membuat gimik politik murahan dengan memanggil untuk sidang media kononnya boleh memalukan beliau.

“Pelik bagi saya, sebelum anda buat sidang media, Tan Sri Vigneswaran sudah menghantar surat aduan bertanyakan tentang insiden tersebut kepada pihak berwajib. Anda yang sepatutnya meneliti surat terbabit sebelum menghubungi semua pihak, anda sebenarnya menggunakan peluang itu mencari publisiti.

“Malah Tan Sri Vigneswaran juga telah menghubungi anda tetapi anda terlalu ‘bongkak’ sehingga sehingga tiada masa berbuat demikian, tetapi untuk mengadakan sidang media itu tidak ada masalah? Itu sendiri sudah membuktikan bagaimana terdesaknya anda untuk publisiti.

“Cukuplah Anthony. Cukuplah semua ini, berhenti gunakan isu-isu remeh seperti ini untuk cerminkan ‘kehebatan’ anda sebagai Menteri. Semua isu remeh sejak akhir-akhir ini sebenarnya membuatkan rakyat semakin muak dan bosan, anda semua tidak nampak? Memalukan,” katanya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

Soal Sivarraajh, adakah hanya kerana Vigneswaran adalah pemimpin dari dalam kalangan pebangkang menyebabkan pimpinan PH terutamanya DAP tojol sikap ‘pilih bulu’.

“Ini jelas kerana anda enggan bercakap atau mendengar penjelasan beliau. Malah anda memberi amaran tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang kenamaan walaupun bertaraf Menteri. Itu kenyataan murah untuk diri anda sendiri.

“Adakah anda risau seandainya berlaku rombakan kabinet, anda akan tersenarai dalam kalangan yang dilucutkan jawatan kerana tidak berjaya mempamerkan kebolehan untuk menerajui Kementerian itu? Adakah itu sebab mengapa perlu melakukan gimik seperti ini?

“Saya mohon kepada PH supaya berhenti berpolitiking dan mula bekerja untuk rakyat seperti yang anda janjikan. Vigneswaran bukan seorang pengganas atau seseoran melanggar undang-undang menggunakan kedudukan beliau sehingga kamu perlu terdesak mencari alasan memburukan imej beliau,” tegasnya.

Beliau mengulas kenyataan Anthony semalam dalam sidang media mendedahkan seorang orang kenamaan di Dewan Negara didapati telah melanggar peraturan keselamatan di KLIA pada 14 November lepas.

MGF08112017_UshaNanthini06
Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Usha Nandhini Jayaram

Dalam pada itu, Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Usha Nandhini Jayaram menempelek dakwaan Anthony yang tidak masuk akal kononnya Vigneswaran telah menceroboh keselamatan.

“Apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Menteri ini? Adakah anda buta dan tidak meneliti betul-betul rakaman CCTV itu? Beliau tidak langsung menunjukkan sikap kurang ajar, menceroboh atau menghalang mana-mana pihak daripada melakukan pemeriksaan badan.

“Bagaimana boleh tuduh beliau tidak patuh undang-undang atau salah guna kuasa sewenang-wenangnya? Rakyat bukan boleh di tipu seperti ini wahai Menteri. Kenapa anda mahu menjatuhkan imej anda sendiri?

“Tolong jangan lupa kedudukan beliau lebih tinggi dari anda, adakah anda sengaja melakukan demikian kerana mahu menunjukan kehebatan anda? Jika sudah lakukan siasatan menyeluruh dan kemudian anda tampil beri kenyataan ianya boleh diterima.

“Kami dalam sayap Wanita MIC memandang serius perkara ini dan memohon Anthony memohon maaf dan lakukan siasatan komprehensif. Tolong berlaku adil, henti memandai-mandai,” ujarnya. –MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/18/mira-gesa-vigneswaran-dilucutkan-jawatan-senator/

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/17/anthony-jangan-buat-tuduhan-melulu-vigneswaran/

1 Komen

  1. MIC ni taksub dan masih hidup dlm fantasi bahawa mereka masih dalam kerajaan lagi. Tolong saman lah di mahkamah. Baru tau siapa salah dan betul. Jangan bersikap amatur lah bodoh. Professional lah sikit. Dah tau salah, masih nak defen lagi. Inilah dinamakan bodoh sombong. Jangan hidup dlm kenafian. MIC tak relevan lagi kepada majoriti kaum India di Malaysia. Terima kaseeeh!

Comments are closed.