KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) meminta maaf berikutan gangguan yang menjejaskan perkhidmatan Streamyx, unifi Mobile dan borong di tengah, utara, timur, Sabah dan Sarawak sejak 11 malam, 17 November lalu.

Gangguan itu disebabkan insiden pemotongan kabel fiber kerana kerja-kerja jalan oleh kontraktor-kontraktor pihak ketiga MRT di kontraktor Sentul dan Lebuh Raya Pantai Barat Sabak Bernam (WSE) di Sabak Bernam.

“Pasukan teknikal kami memulakan kerja-kerja pembaikan pada kabel yang terjejas sebaik sahaja laporan gangguan dibuat.

“Walaupun kerja-kerja pembaikan dan penggantian masih dijalankan, TM telah mengoptimumkan semula rangkaian trafik dan memulihkan perkhidmatan yang terjejas pada pukul 10 pagi hari ini supaya pengalaman Internet kembali normal,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

TM juga telah melanjutkan isu ini kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengelak ia berulang dan tindakan ke atas kontraktor juga sudah diambil. – MalaysiaGazette