Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub melihat anak kambing dari Farm In The City Seri Kembangan sambil diberi penerangan oleh Ali Zahran (kanan) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian MAHA 2018 di Dewan D, MAEPS Sedang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 NOVEMBER 2018
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub melihat anak kambing dari Farm In The City Seri Kembangan sambil diberi penerangan oleh Ali Zahran (kanan) ketika melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian MAHA 2018 di Dewan D, MAEPS Sedang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 NOVEMBER 2018

SERDANG – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu rakyat memberi peluang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy untuk beliau menjalankan tugas sebagai menteri Kabinet.

Menurut Perdana Menteri itu, rakyat boleh mengemukakan petisyen namun perkara itu tidak boleh dianggap sebagai arahan.

Jelas Dr Mahathir, petisyen tidak boleh dianggap sebagai arahan kerana arahan supaya seseorang menteri meletakkan jawatan hanya boleh dikeluarkan beliau sebagai perdana menteri.

“Rakyat boleh buat petisyen, tapi petisyen itu bukan satu arahan untuk dia letak jawatan anda pun boleh buat petisyen minta saya berhenti jadi PM dan jawab soalan silly anda

“Bagi dia peluang, dia baru mula, lama-lama boleh betullah,” katanya dalam sidang media menyempurnakan perasmian MAHA2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Petisyen mendesak Waytha meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini ditandatangani seramai 151,171 orang.

Ia ekoran pemimpin Hindraf itu yang berkeras mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Dr Mahathir turut ditanya mengenai tersebarnya gambar barisan pegawai Waytha yang amat ketara tidak mencerminkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Menurut perdana menteri, mana-mana menteri yang dilantik mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja yang difikirkan wajar untuk membantu beliau memegang jawatan itu.

“Dia akan lantik orang yang dia kenal, takkan dia nak lantik yang tidak dikenalinya, dan kebanyakan orang yang dia kenali dari Hindraf atau komuniti India,” katanya lagi.

Semua lantikan itu terdiri daripada kaum India yang mengisi jawatan seperti Setiausaha Sulit Kanan, Setiausaha Politik, Pegawai Tugas-Tugas Khas, Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Sulit beliau.

Waytha sebelum ini menerima kecaman hebat pelbagai pihak berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang disifatkan sebagai menentang semangat Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

Petisyen desak PM lucut jawatan Waytha capai 148,939 tandatangan