KUALA LUMPUR – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyasarkan kira-kira 400 mahasiswa untuk menyertai Himpunan Tuntut Janji Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) di Masjid Jamek, tengahari ini.

Naib Presidennya, Shauqi Johara berkata, himpunan itu terpaksa dilewatkan dari jam 12 tengahari kepada 1.30 petang sementara menunggu kehadiran mahasiswa dari seluruh negara untuk berkumpul di Masjid Jamek.

Setakat jam 12.30 tengahari tadi, peserta yang hadir hanya sekitar 50 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk meneruskan perhimpunan aman itu.

Sementara itu, ketika ini semua peserta himpunan masuk ke Masjid Jamek untuk menunaikan solat Zohor dan diikuti dengan solat sunat hajat sebelum mereka meneruskan Himpunan Tuntut Janji PTPTN.

Terdahulu peserta himpunan mula kelihatan memasuki luar pekarangan Masjid kira-kira 12.05 tengahari tadi sambil membawa sepanduk dan patung replika tertulis mesej Tuntut Janji PTPTN.

Pihak polis juga menempatkan kira-kira 10 anggotanya daripada unit bermotor dan kereta patrol ditugaskan untuk berjaga-jaga dan mengawal keadaan sepanjang perhimpunan itu berjalan.

Turut kelihatan pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diletakkan untuk memantau sebarang pelanggaran di bawah Akta Kerajaan Tempatan melibatkan harta benda awam di sekitar Masjid Jamek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast