SEPANYOL – Real Madrid menafikan kapten pasukan itu Sergio Ramos melanggar peraturan anti doping selepas aksi akhir Liga Juara Juara Eropah 2017 di Cardiff musim lalu.

Majalah Jerman Der Spiegel mendakwa bintang antarabangsa Sepanyol itu positif dadah jenis Dexamethasone.

Dadah jenis itu hanya dilarang sekiranya mana mana individu tidak memaklumkan pengambilannya.

Dakwa majalah itu lagi pegawai kawalan anti doping dimaklumkan Ramos, 32, mengambil dadah itu menjelang aksi akhir Liga Juara Juara Eropah musim lalu.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) menerima permohonan maaf Ramos.

Ramos menuduh pegawai perubatan Real yang menyebabkan kekeliruan itu.

Real dalam satu kenyataan hari ini pula menjelaskan Ramos tidak pernah melanggar peraturan kawalan anti doping.

Uefa mengambil segala maklumat kami dan menutup perkara itu segera selepas pengesahan pakar.

Doktor kelab itu dalam surat kepada Uefa yang diteliti Der Spiegel berkata di secara tersilap menulis nama dadah itu dalam laporan doping selepas aksi akhir mnakala Ramos diuji.

Pakar pakar yang menguji memberitahu Ramos bahawa dia mengambil suntikan betamethasone di lulut dan bahu kiri yang juga digantung Persatuan Anti Doping Sedunia (WADA) berbanding dexamethasone.

Kedua dua dadah itu dibenarkan di bawah peraturan WADA jika diisytiharkan di peringkat pemeriksaan.- MalaysiaGazette