Taiwan President Tsai Ing-wen announces her resignation as chairwoman of the Democratic Progressive Party (DPP) after local elections in Taipei, Taiwan November 24, 2018. REUTERS/Ann Wang

TAIPEI – Seperti yang diramalkan, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen meletak jawatan dalam Parti Progresif Demokratik (DPP) berikutan kekalahan teruk dalam piihan raya tempatan semalam.

Tsai meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta sebagai Pengerusi DPP selepas dua kubu kuat di Taichung dan utama Kaohsiung di selatan menyaksikan kalah teruk dalam sejarah.

Selama ini, DPP mendabik dada dengan pengaruh di dua kubu kuat itu yang juga merupakan kawasan paling padat penduduk sejak dua dekad lepas.

Kedua-dua kawasan dirampas pembangkang pro China, Kuomintang.

Sebelum ini, berkali-kali Tsai tampil merayu kepada rakyat di negara itu supaya tidak sesekali termakan dengan pelbagai dakwaan yang ditaburkan oleh pembangkang pro- China itu.

Beliau dan kerajaan berulang kali telah memberi amaran serta rayuan tentang cubaan China dalam mengelirukan pengundi dengan buli politik dan berita palsu.

Namun demikian, Beijing juga berkali-kali menafikan setiap dakwaan yang dilontarkan oleh DPP sehingga mencapai kemenangan luar biasa kali ini.

DPP masih mengekalkan pengaruhnya di Tainan di selatan dan Taoyuan di utara.

Tsai menyeru kepada pemimpin dan ahli parti supaya tidak berputus asa dan mengambil iktibar dengan kekalahan kali ini. –MalaysiaGazette