Aktiviti 'tembak cicak' mampu membawa rezeki kerana sudah terdapat syarikat dari negara jiran yang sanggup menawarkan RM1.50 untuk seekor cicak hidup atau mati.
Aktiviti 'tembak cicak' mampu membawa rezeki kerana sudah terdapat syarikat dari negara jiran yang sanggup menawarkan RM1.50 untuk seekor cicak hidup atau mati.. foto hiasan sumber Internet

JEMPOL – Aktiviti ‘tembak cicak’ mampu membawa rezeki kerana sudah terdapat syarikat dari negara jiran yang sanggup menawarkan RM1.50 untuk seekor cicak hidup atau mati.

Guang Ming Daily melaporkan, penoreh getah di Jempol, Negeri Sembilan kesibukan beberapa bulan kebelakangan ini kerana menoreh getah pada pagi dan pada petang pula, mereka sibuk dengan kerja sambilan.

Disebabkan harga getah yang tidak memberangsangkan, penoreh getah mencari rezeki dengan menangkap cicak di rumah, kawasan terbiar atau di reban ayam.

Kebanyakan mereka dilaporkan mampu menangkap sekurang-kurangnya 20 hingga 30 ekor cicak, yang kemudiannya dijual kepada syarikat yang memerlukan 1,000 ekor cicak sebulan untuk menghasilkan makanan ikan arowana.

Pendapatan sampingan itu dapat membantu meringankan beban penoreh getah yang terpaksa mengikat perut kerana kejatuhan harga getah.

Menurut Guang Ming Daily, cicak yang dijual kepada orang tengah kemudian akan disejuk beku dan dihantar ke luar negara.

Ia kemudian akan dikisar sebagai makanan untuk ikan arowana.

Difahamkan, cicak telah digunakan secara bertahun-tahun lamanya sebagai makanan ikan, tetapi aktiviti menangkap reptilia itu hanya berlaku di Malaysia kebelakangan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast